Ilmu Aqidah ini sekurang-kurang terdapat dalam lima (5) nama yang dikenali dalam Ilmu Aqidah ini iaitu :
1. Ilmu Tauhid - Kerana ilmu ini pada dasarnya membicarakan tentang ke-Esaan Allah dan kewujudanNya
Perkataan TAUHID bererti Esa/Tunggal dan nama ini banyak sekali digunakan dalam Ilmu Aqidah.
2. Ilmu Usuluddin - Kerana ilmu ini membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara-perkara pokok dalam Islam, seperti beriman kepada Allah, Beriman Kepada Rasul dan lain-lainnya. Perkataan USUL bereti Tunjang/Asas dan perkataan ADDIN bererti Ugama yang merangkumi semua aspek hidupan dunia dan akhirat.
3. Ilmu al-Akaaid- kerana ilmu ini membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan aqidah(kepercayaan) dala hati. Perkataan AKAAID diambil dari AQIDAH bererti Kepercayaan yang tersimpul atau yang terikat didalam hati.
4. Ilmu al-Kalam - kerana pada peringkat permulaan Islam dahulu, Ilmu ini (Aqidah) dibicarakan melalui perdebatan atau bertikam lidah terutama masalah Kalam Allah adalah baharu atau Qadim perkataan KALAM bererti kerkataan atau percakapan.