Rabu, 22 Ogos 2012

Menyambut Hari Raya

Firman Allah swt.
 
.. وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ.
" .. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.  (1)

"Hari Raya Aidil Fitri" (2) yang juga terkenal dengan nama "Hari Raya Puasa" disyariatkan oleh Allah Taala untuk umat Islam merayakannya dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredhai Tuhan. 
______________________________
1. Ayat 185, Surah al-Baqarah. Menurut al-'Alamah Ibn Kathir rahimahullah, (bahagian akhir) ayat ini menjadi dalil syar'i mengenai takbir hari raya Aidil Fitri.  (Tafsir Ibn Kathir, 1:218).
2. Kalimah '`Id' (hari raya) dalam bahasa Arab berasal dari perkataan '`Aud' ertinya yang berulang-ulang.  Yakni peristiwa yang berulang-ulang pada tiap-tiap tabun yang membawa rahmat dan menggembirakan umat Islam.

Kemuliaan "Hari Raya Aidil Fitri" diterangkan di dalam al-Qur'an seperti yang tertera di atas dan juga diterangkan di dalam hadith seperti berikut:
68- عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. (رواه ابن ماجه)
68- Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu. (1)
(Riwayat Ibn Majah)
Hadith ini menggambarkan: Bahawa pada hari kiamat kelak, orang-orang yang beriman dan beramal soleh,  hatinya hidup (bahagia dan gembira) kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredhaan Allah Azza wa Jalla.
Sebaliknya orang-orang yang kufur ingkar,  hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpakan dengan seburuk-buruk balasan.
______________________________
1. Itthaf Ahl al-Islam, bi Khususiyat al-Siyam (hlm. 228), Nihayat al-Muhtaj (2:386) dan Mughni al-Muhtaj (1:313). Meskipun hadith ini hadith dhaif tetapi sebagaimana yang sedia maklum, hadith-hadith dhaif juga boleh diterima dan diamalkan mengenai Fadha'il al-'Amal.

Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani rahimahullah, dengan lafaz yang lain seperti berikut:
69- مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الْأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. (رواه الطبراني)
69- "Barangsiapa menghayati malam hari raya Aidilfitri dan malam hari raya Aidiladha dengan amal ibadat,  sedang ia mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu."(1)Menyambut Hari Raya Dengan Takbir
_____________________________________
1.
Al-Fiqh 'Ala al-Mazahib al-Arba`ah (1:349).
Umat Islam digalakkan menyambut hari raya "Aidilfitri dan "Aidiladha" dengan takbir dan tahmid sebagai bersyukur pada hari baik - bulan baik itu.
Ini diterangkan di dalam al-Qur'an (1) dan juga di dalam hadith yang berikut:
70- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ. (رواه الطبراني)
70- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Hiasilah hari-hari raya kamu dengan takbir. "(2)
(Riwayat Tabrani)

__________________________________________________________________________________________________________
1. Ayat 185, Surah al-Baqarah, yang telah disebutkan pada bahagian yang lalu.
2. Nail al-Autar (3:305). Hadith ini juga diriwayatkan oleh Tabrani dan lain-lainnya dari Anas r.a. Ittihaf Ahl al-Islam (228).

Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
71- عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ زَيِّنُوا الْعِيدَيْنِ بِالتَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ والتَّحْمِيدِ وَالتَّقْدِيسِ. (رواه أبو نعيم)
71- Dari Anas r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Hiasilah kedua-dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan tahlil,  takbir,  tahmid dan taqdis."(1)
(Riwayat Abu Nu'aim)

(Sumber Rujukan http://islamgrid.gov.my/hadith)

SALAM LEBARAN 1433H


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN,
SEMOGA KEDATANGAN LEBARAN INI DAPAT MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SESAMA KITA, BERMAAF DAN MEMAAFILAH SEGALA KESILAPAN & KESALAHAN YANG TELAH BERLAKU. SEMOGA KEHIDUPAN KITA SENTIASA MENDAPAT HIDAYAH DARI  ALLAH.

Selasa, 31 Julai 2012

RUKHSAH

Dari Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Suka (redha) supaya rukhsash-rukhsah yang diberikannya diamalkan sebagaimana ia tidak suka perkara-perkara maksiat dilakukan
(Hadis Riwayat Oleh  Ahmad)

ADAKAH TINGKATAN DARJAT BAGI ORANG YANG BERPUASA?











Dalam perkara ini, Imam al-Ghazali membahagikan kepada 3 (tiga) tingkatan:

1. PUASA AWAM : Ia meninggalkan syahwat perut dan kemaluan.

2. PUASA KHUSUS : Ia menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan segala perkara daripada terlibat dengan maksiat.

3. PUASA KHUSUSUL KHUSUS : Hati yang berpuasa daripada kepentingan dunia dan memikirkan perkara duniawi dan meninggalkan segalanya serta segala-galkanya ditentutukan kepada Allah s.w.t.

Jumaat, 1 Jun 2012

TAKLIMAT PENYELARASAN PROGRAM BRIGED PENCERAMAH MASJID NEGERI PAHANG BAGI DAERAH LIPIS


Pada 25/04/2012 Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Lipis telah mengadakan Taklimat dan majlis penyerahan surat  lantikan kepada tenaga penceramah briged bagi masjid-masjid di daerah Lipis. Pihak Majlis Ugama Islam Dana Adat Resam Melayu Pahang telah memperuntukkan  sebanyak RM 146'000.00 bagi Daerah Lipis, yang mana pengurusan dan pentadbiran peruntukan tersebut di urus oleh pihak Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Lipis, agar matlamat dan objektif Program Briged penceramah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program Briged Penceramah ini adalah salah satu program berbentuk kuliah berkitab dan dillaksanakan  di masjid-masjid  yang ada di Daerah Lipis ini.


   
Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau menyampaikan  Taklimat Pelaksanaan Program Briged Penceramah mengikut Garis panduan yang telah di keluarkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 
Us Zakaria Omar Tenaga Briged Masjid Batu 6 Penjom
 

Ucapan dan Amat Dari Al-Fadhil Tuan Qadhi Daerah Lipis Tuan Haji Mohd Fadzli Bin Mat Saman





Sebahagian Tenaga Brigad Yang Hadir dalam sesi taklimat tersebut



Selasa, 29 Mei 2012

PROGRAM CELIK AL-QURAN TEKNIK AL-BAGHDADI BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI DI KAMPUNG PANTOS KUALA LIPIS

Pada 28/5/2012 :- Al-Baghdadi Method Sdn.Bhd dengan kerjasama dari Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Pejabat Agma Islam Daerah Lipis, Unit Dakwah JAKIM dan Pejabat Agama Islam Daerah Cameron Highlands telah mengadakan program celik Al-Quran kepada masyarakat orang asli bersama TV3 di Kampung Pantos Pos Lanai Kuala Lipis Pahang. Program ini di adakan di Surau Kampung Pantos Pos Lanai Kuala Lipis.

Program ini memberi fokus kepada masyarakat orang asli dengan tekni yang mudah dan dapat menarik minat di kalangan orang asli untuk mempelajari  Al- Quran dengan mudah dan cepat. Program ini bermula seawal pukul 8.00 pagi  dan berakhir pada pukul 3.30 petang. Matlamat dan objektif program dapat dicapai dengan jayanya, malah kebanyakan masyarakat orang asli mengharapkan program seperti ini di adaka setiap minggu di kampung mereka, kerana mereka suka dengan teknik Al-Baghdadi dalam mempelajari membaca Al-Quran, malah mereka tidak merasa jemu untuk terus belajar, malahan menarik  minat yang menyeonokan kepada Orang Asli untuk terus belajar.

Ustaz Jalaluddin Bin Haji Hassanuddin Al Baghdadi
 
Salah seorang peserta menujuk teknik  membaca Al-Quran mudah dan cepat dengan kaedah AL-Baghdadi.


Ustaz Mohd Taufik Menjagar Kanak - kanak Orang Asli cara membaca Al-Quran dengan teknik Al-Baghdadi.

















 
Pesrta lelaki membuat latih tubi dengan teknik Al-Baghdadi membtulkan bacaan mereka

Kaum Ibu di kalangan Masyarakat Orang Asli pun turut mengambil peluang untuk belajar teknik mudah dan cepata membaca Al-Quran dengan kaedah Al-Baghdadi. 

Ustaz Jalaludin Bin Haji Hassanuddin Al Baghdadi merengkan kepada peserta  cara membaca setiap perkataan dalam modul dengan tenik Al-Baghdadi.

Kesungguhan peserta kaum ibu mempelajari teknik mudan dan cepat dengan kaedah Al-Baghdadi.

Khamis, 17 Mei 2012

RINDUNYA NABI KEPADA UMATNYA

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa Rasulullah S.A.W sangat merindui kita : "Umat Akhir Zaman". Suasana di Majlis oertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka sepeeti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. seulas senyuman yang sedia terukir dibinirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian Wahai Rasulullah? "Saidina abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada redah. " Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah". kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka".

Pada ketika yanag lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' Baginda : "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah. Malaikat: jawab sahabat. "Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika, kemudian mereka barkata lagi, 'Para Nabi." "Bagaimana para Nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin Kami." selah seorang sahabat. "Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditangah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi , mengakui kelemahan meraka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Meraka ialah umatku yang hidup selepasku, mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya. berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," Jelas Rasulullah. 

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," Ucapa Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

bersambung dengan Tajuk Rindu dan Cintakan Nabi...........................................

Rabu, 16 Mei 2012

RASULULLAH S.A.W RINDUKAN UMATNYA


Baginda setiap detik memikirkan hal ini, kadangkala mengalir air mata Baginda S.A.W memikirkan nasib umatnya di masa akan datang. Baginda terlalu khuatir, sedih dan hiba meninggalkan umatnya. Apatah lagi umat di akhir zaman ini.

Betapa tidaknya hal ini digambarkan tatkala menarik nafas-nafas akhir hendak wafat pun Rasulullah S.A.W menyebut-nyebut "Umatku! Umatku! Umatku!".

Dalam  kitab himpunan Hadis Sahih Musli, Rasulullah S.A.W bersabda : "Umatku, Umatku, Umatku," sehingga menangis (kerana mengenangkan nasib umatnya ini)

Lalu Allah S.W.T mengutuskan malaikat jibrail untuk memujuk Nabi Muhammad S.A.W. Allah Berfirman bermaksud : " Sesungguhnya Kami meredhaimu hai Muhammad umatmu dan tidak akan menyakiti mu" 

Wahai saudara sekalian marilah kita melaksanakan perintah Allah dan  meninggalkan larangan Allah Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang mendapat keampunan dan Rahmat dari Allah. Sahabat sekalian betapa cintanya Rasulullah kepada umatnya, oleh itu marilah kita memperbanyakkan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.

Jumaat, 13 April 2012

ASAS AQIDAH ISLAM









Pengenalan Ilmu Aqidah

Ilmu Aqidah ini sekurang-kurang terdapat dalam lima (5) nama yang dikenali dalam Ilmu Aqidah ini iaitu :

1. Ilmu Tauhid - Kerana ilmu ini pada dasarnya membicarakan tentang ke-Esaan Allah dan kewujudanNya
    Perkataan TAUHID bererti Esa/Tunggal dan nama ini banyak sekali digunakan dalam Ilmu Aqidah.

2. Ilmu Usuluddin - Kerana ilmu ini membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara-perkara pokok dalam Islam, seperti beriman kepada Allah, Beriman Kepada Rasul dan lain-lainnya. Perkataan  USUL bereti Tunjang/Asas dan perkataan ADDIN bererti Ugama yang merangkumi semua aspek hidupan dunia dan akhirat.

3. Ilmu al-Akaaid- kerana ilmu ini membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan aqidah(kepercayaan) dala hati. Perkataan AKAAID diambil dari AQIDAH bererti Kepercayaan yang tersimpul atau yang terikat didalam hati. 

4. Ilmu al-Kalam - kerana pada peringkat permulaan Islam dahulu, Ilmu ini  (Aqidah)  dibicarakan melalui perdebatan atau bertikam lidah terutama masalah Kalam Allah  adalah baharu atau Qadim perkataan KALAM bererti kerkataan atau percakapan.

5. Ilmu Ma'rifah - kerana ilmu ini kerkaitan dengan mengenal Allah dan Rasul-RasulNya yang mana tiap-tiap orang Islam diperinkat awalnya wajib mengenal Allah dan RasulNya. Perkataan MA'RIFAH bererti mengenal atau mengetahui, ia menjadi asas Ugama sebagaimana yang dikatakan (awwaluddini ma'rifatullah) bererti mula-mula Ugama ialah mengenal Allah.

Isnin, 12 Mac 2012

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PEGAWAI MASJID KARIAH (BILAL) NEGERI PAHANG BAGI DAERAH LIPIS 2012

08/03/2012- Pejabat majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Lipis, telah menganjurkan satu Kursus Peningkatan Profesionalisme Pegawai Masjid Kariah (Bilal) Negeri Pahang bagi Daerah Lipis 2012. Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan ilmu berkaitan dengan Pengurusan dan pentadbitan Masjid Kariah. Malahan dalam program ini juga pihak pentadbiran dapat memberi pendedahan dan membaiki sebutan atau laungan Azan mengikut sebutan yang betul dan baik. Program ini dibuat dengan peruntukan yang diluluskan  oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Sebanyak RM 15'000.00 untuk Daerah Lipis Pahang . Peruntukan yang diberikan adalah bertujuan untuk megadakan kursus atau bengkel kepada semua Pegawai Masjid Kariah (Imam,Bilal dan Siak) dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kariah (Pengerusi,Tim,Pengerusi,Setiausaha,Bendahari dan Ahli Jawatankuasa (AJK) yang Lain) Kursus ini telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Tuan Mohd Fadzli Bin Mat Saman (Pegawai Agama Islam Daerah Lipis/ Tuan Qadhi Daerah Lipis). 
USTAZ MOHAMAD RADZUAN BIN HUSAIN (PEG.PENYELARAS PENT. MASJID SURAU DAERAH LIPIS






USTAZ HAJI ABDUL RAHMAN BIN AWANG NGAH (GURU TAKMIR DAERAH LIPIS)

AL-FADHIL TUAN MOHD FADZLI BIN MAT SAMAN (PEGAWAI AGAMA ISLAM DAERAH LIPIS)

Rabu, 25 Januari 2012

SYAHADAH

PERSAKSIAN BAHAWA SESUNGGUHNYA TIADA TUHAN MELAIKAN ALLAH DAN BAHAWA MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH

Maknanya ialah ikrar dengn kewujudan Allah swt dan keEsaanNya dan tasdiq kenabian Muhammad S.A.W dan risalahnya. Rukun ini adalah seperti asas jika dinisbahkan kepada lain-lain rukun.

Rasulullah S.A.W telah bersadba yang bermaksud : "Aku telah diperintahkan untuk menerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah pesuruh Allah" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang bermaksud : "Barangsiapa mengucapkan tiada Tuhan melaikan Allah dengan IKHLAS akan masuk SYURGA." (Hadis Sahih dikeluarkan oleh Al-Bazzar)