Rabu, 22 Ogos 2012

Menyambut Hari Raya

Firman Allah swt.
 
.. وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ.
" .. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.  (1)

"Hari Raya Aidil Fitri" (2) yang juga terkenal dengan nama "Hari Raya Puasa" disyariatkan oleh Allah Taala untuk umat Islam merayakannya dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredhai Tuhan. 
______________________________
1. Ayat 185, Surah al-Baqarah. Menurut al-'Alamah Ibn Kathir rahimahullah, (bahagian akhir) ayat ini menjadi dalil syar'i mengenai takbir hari raya Aidil Fitri.  (Tafsir Ibn Kathir, 1:218).
2. Kalimah '`Id' (hari raya) dalam bahasa Arab berasal dari perkataan '`Aud' ertinya yang berulang-ulang.  Yakni peristiwa yang berulang-ulang pada tiap-tiap tabun yang membawa rahmat dan menggembirakan umat Islam.

Kemuliaan "Hari Raya Aidil Fitri" diterangkan di dalam al-Qur'an seperti yang tertera di atas dan juga diterangkan di dalam hadith seperti berikut:
68- عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. (رواه ابن ماجه)
68- Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu. (1)
(Riwayat Ibn Majah)
Hadith ini menggambarkan: Bahawa pada hari kiamat kelak, orang-orang yang beriman dan beramal soleh,  hatinya hidup (bahagia dan gembira) kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredhaan Allah Azza wa Jalla.
Sebaliknya orang-orang yang kufur ingkar,  hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpakan dengan seburuk-buruk balasan.
______________________________
1. Itthaf Ahl al-Islam, bi Khususiyat al-Siyam (hlm. 228), Nihayat al-Muhtaj (2:386) dan Mughni al-Muhtaj (1:313). Meskipun hadith ini hadith dhaif tetapi sebagaimana yang sedia maklum, hadith-hadith dhaif juga boleh diterima dan diamalkan mengenai Fadha'il al-'Amal.

Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani rahimahullah, dengan lafaz yang lain seperti berikut:
69- مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الْأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. (رواه الطبراني)
69- "Barangsiapa menghayati malam hari raya Aidilfitri dan malam hari raya Aidiladha dengan amal ibadat,  sedang ia mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu."(1)Menyambut Hari Raya Dengan Takbir
_____________________________________
1.
Al-Fiqh 'Ala al-Mazahib al-Arba`ah (1:349).
Umat Islam digalakkan menyambut hari raya "Aidilfitri dan "Aidiladha" dengan takbir dan tahmid sebagai bersyukur pada hari baik - bulan baik itu.
Ini diterangkan di dalam al-Qur'an (1) dan juga di dalam hadith yang berikut:
70- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ. (رواه الطبراني)
70- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Hiasilah hari-hari raya kamu dengan takbir. "(2)
(Riwayat Tabrani)

__________________________________________________________________________________________________________
1. Ayat 185, Surah al-Baqarah, yang telah disebutkan pada bahagian yang lalu.
2. Nail al-Autar (3:305). Hadith ini juga diriwayatkan oleh Tabrani dan lain-lainnya dari Anas r.a. Ittihaf Ahl al-Islam (228).

Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
71- عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ زَيِّنُوا الْعِيدَيْنِ بِالتَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ والتَّحْمِيدِ وَالتَّقْدِيسِ. (رواه أبو نعيم)
71- Dari Anas r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Hiasilah kedua-dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan tahlil,  takbir,  tahmid dan taqdis."(1)
(Riwayat Abu Nu'aim)

(Sumber Rujukan http://islamgrid.gov.my/hadith)

SALAM LEBARAN 1433H


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN,
SEMOGA KEDATANGAN LEBARAN INI DAPAT MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SESAMA KITA, BERMAAF DAN MEMAAFILAH SEGALA KESILAPAN & KESALAHAN YANG TELAH BERLAKU. SEMOGA KEHIDUPAN KITA SENTIASA MENDAPAT HIDAYAH DARI  ALLAH.