Jumaat, 13 April 2012

ASAS AQIDAH ISLAM









Pengenalan Ilmu Aqidah

Ilmu Aqidah ini sekurang-kurang terdapat dalam lima (5) nama yang dikenali dalam Ilmu Aqidah ini iaitu :

1. Ilmu Tauhid - Kerana ilmu ini pada dasarnya membicarakan tentang ke-Esaan Allah dan kewujudanNya
    Perkataan TAUHID bererti Esa/Tunggal dan nama ini banyak sekali digunakan dalam Ilmu Aqidah.

2. Ilmu Usuluddin - Kerana ilmu ini membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara-perkara pokok dalam Islam, seperti beriman kepada Allah, Beriman Kepada Rasul dan lain-lainnya. Perkataan  USUL bereti Tunjang/Asas dan perkataan ADDIN bererti Ugama yang merangkumi semua aspek hidupan dunia dan akhirat.

3. Ilmu al-Akaaid- kerana ilmu ini membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan aqidah(kepercayaan) dala hati. Perkataan AKAAID diambil dari AQIDAH bererti Kepercayaan yang tersimpul atau yang terikat didalam hati. 

4. Ilmu al-Kalam - kerana pada peringkat permulaan Islam dahulu, Ilmu ini  (Aqidah)  dibicarakan melalui perdebatan atau bertikam lidah terutama masalah Kalam Allah  adalah baharu atau Qadim perkataan KALAM bererti kerkataan atau percakapan.

5. Ilmu Ma'rifah - kerana ilmu ini kerkaitan dengan mengenal Allah dan Rasul-RasulNya yang mana tiap-tiap orang Islam diperinkat awalnya wajib mengenal Allah dan RasulNya. Perkataan MA'RIFAH bererti mengenal atau mengetahui, ia menjadi asas Ugama sebagaimana yang dikatakan (awwaluddini ma'rifatullah) bererti mula-mula Ugama ialah mengenal Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan