Rabu, 24 April 2013

HALAL DAN HARAM

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya. "

Riwayat al-Ibn an-Najjar


i) Pengawalan terhadap keinginan dan desakan hati adalah amat perlu sebagai satu cara untuk mengawal nafsu boros.

ii) Rezeki dan kemewahan hidup semuanya datang dari Allah S.W.T. Oleh itu sikap berlumba-lumba mengumpul harta dan kemewahan harus dielakkan kerana ia menunjukkan sikap rakus dan boleh memberikan risiko yang tidak baik dalam perhubungan sehingga menyebabkan berlakunya permusuhan sesama sendiri.

iii) Cara membelanjakan harta menentukan hidup seseorang itu berkat atau tidak di mana kehidupan tidak akan menjadi tenang jika harta disalurkan atau digunakan pada perkara-perkara yang haram dan tidak halal.

iv) Bersederhana dalam berbelanja bermaksud bahawa seseorang itu apabila berbelanja dia tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kedekut tetapi berada di tengah-tengah antara dua keadaan tersebut ( rujuk surah al-Furqan:67)

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu
(Al-Baqara 2: Ayat 25)

Khamis, 31 Januari 2013

Pakaian & Kesombongan

Berhati-hatilah dengan niat berpakaian kerana ia juga boleh mengheret seseorang ke neraka.
"Nabi s.a.w. dalam sabdanya berpesan : Pada hari kiamat, Allah tidak memandang kepada orang yang melabuhkan pakaiannya sampai ke bawah kakinya kerana bangga diri".

" Pada suatu ketika. ada seorang lelaki yang berjalan dengan pakaian yang cantik, dia bangga dengan dirinya. Dia menyikat rapi rabutnya, dan berjalan dengan gaya yang sombong. Tiba-tiba Allah membennamnya ke dalam tanah. Tenggelamlah dia di dalam bumi sehingga hari kiamat nanti".

Kedua-dua hadis di atas telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Ingatlah bahawa kita tidak perlu berasa sombong dan takbur kerana itu adalah hak Allah s.w.t. seperti di dalam hadis yang lain:
"Kemuliaan adalah kainsarung-ku dan kesombongan adalah selendangku, barang siapa yang mengambil satu daripada pakaianku, dia pasti aku seksa."

Rabu, 22 Ogos 2012

Menyambut Hari Raya

Firman Allah swt.
 
.. وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ.
" .. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.  (1)

"Hari Raya Aidil Fitri" (2) yang juga terkenal dengan nama "Hari Raya Puasa" disyariatkan oleh Allah Taala untuk umat Islam merayakannya dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredhai Tuhan. 
______________________________
1. Ayat 185, Surah al-Baqarah. Menurut al-'Alamah Ibn Kathir rahimahullah, (bahagian akhir) ayat ini menjadi dalil syar'i mengenai takbir hari raya Aidil Fitri.  (Tafsir Ibn Kathir, 1:218).
2. Kalimah '`Id' (hari raya) dalam bahasa Arab berasal dari perkataan '`Aud' ertinya yang berulang-ulang.  Yakni peristiwa yang berulang-ulang pada tiap-tiap tabun yang membawa rahmat dan menggembirakan umat Islam.

Kemuliaan "Hari Raya Aidil Fitri" diterangkan di dalam al-Qur'an seperti yang tertera di atas dan juga diterangkan di dalam hadith seperti berikut:
68- عَنْ أَبِي أُمَامَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَتَيْ الْعِيدَيْنِ مُحْتَسِبًا لِلَّهِ لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. (رواه ابن ماجه)
68- Dari Abu Umamah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Barangsiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu. (1)
(Riwayat Ibn Majah)
Hadith ini menggambarkan: Bahawa pada hari kiamat kelak, orang-orang yang beriman dan beramal soleh,  hatinya hidup (bahagia dan gembira) kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredhaan Allah Azza wa Jalla.
Sebaliknya orang-orang yang kufur ingkar,  hatinya mati (hampa dan kecewa) pada hari itu, kerana dimurkai Allah dan ditimpakan dengan seburuk-buruk balasan.
______________________________
1. Itthaf Ahl al-Islam, bi Khususiyat al-Siyam (hlm. 228), Nihayat al-Muhtaj (2:386) dan Mughni al-Muhtaj (1:313). Meskipun hadith ini hadith dhaif tetapi sebagaimana yang sedia maklum, hadith-hadith dhaif juga boleh diterima dan diamalkan mengenai Fadha'il al-'Amal.

Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam al-Tabrani rahimahullah, dengan lafaz yang lain seperti berikut:
69- مَنْ أَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَلَيْلَةَ الْأَضْحَى لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. (رواه الطبراني)
69- "Barangsiapa menghayati malam hari raya Aidilfitri dan malam hari raya Aidiladha dengan amal ibadat,  sedang ia mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu."(1)Menyambut Hari Raya Dengan Takbir
_____________________________________
1.
Al-Fiqh 'Ala al-Mazahib al-Arba`ah (1:349).
Umat Islam digalakkan menyambut hari raya "Aidilfitri dan "Aidiladha" dengan takbir dan tahmid sebagai bersyukur pada hari baik - bulan baik itu.
Ini diterangkan di dalam al-Qur'an (1) dan juga di dalam hadith yang berikut:
70- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ. (رواه الطبراني)
70- Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Hiasilah hari-hari raya kamu dengan takbir. "(2)
(Riwayat Tabrani)

__________________________________________________________________________________________________________
1. Ayat 185, Surah al-Baqarah, yang telah disebutkan pada bahagian yang lalu.
2. Nail al-Autar (3:305). Hadith ini juga diriwayatkan oleh Tabrani dan lain-lainnya dari Anas r.a. Ittihaf Ahl al-Islam (228).

Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
71- عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ زَيِّنُوا الْعِيدَيْنِ بِالتَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ والتَّحْمِيدِ وَالتَّقْدِيسِ. (رواه أبو نعيم)
71- Dari Anas r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Hiasilah kedua-dua hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan tahlil,  takbir,  tahmid dan taqdis."(1)
(Riwayat Abu Nu'aim)

(Sumber Rujukan http://islamgrid.gov.my/hadith)

SALAM LEBARAN 1433H


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN,
SEMOGA KEDATANGAN LEBARAN INI DAPAT MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN SESAMA KITA, BERMAAF DAN MEMAAFILAH SEGALA KESILAPAN & KESALAHAN YANG TELAH BERLAKU. SEMOGA KEHIDUPAN KITA SENTIASA MENDAPAT HIDAYAH DARI  ALLAH.

Selasa, 31 Julai 2012

RUKHSAH

Dari Ibnu Umar r.a katanya:
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah Suka (redha) supaya rukhsash-rukhsah yang diberikannya diamalkan sebagaimana ia tidak suka perkara-perkara maksiat dilakukan
(Hadis Riwayat Oleh  Ahmad)

ADAKAH TINGKATAN DARJAT BAGI ORANG YANG BERPUASA?











Dalam perkara ini, Imam al-Ghazali membahagikan kepada 3 (tiga) tingkatan:

1. PUASA AWAM : Ia meninggalkan syahwat perut dan kemaluan.

2. PUASA KHUSUS : Ia menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan segala perkara daripada terlibat dengan maksiat.

3. PUASA KHUSUSUL KHUSUS : Hati yang berpuasa daripada kepentingan dunia dan memikirkan perkara duniawi dan meninggalkan segalanya serta segala-galkanya ditentutukan kepada Allah s.w.t.

Jumaat, 1 Jun 2012

TAKLIMAT PENYELARASAN PROGRAM BRIGED PENCERAMAH MASJID NEGERI PAHANG BAGI DAERAH LIPIS


Pada 25/04/2012 Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Lipis telah mengadakan Taklimat dan majlis penyerahan surat  lantikan kepada tenaga penceramah briged bagi masjid-masjid di daerah Lipis. Pihak Majlis Ugama Islam Dana Adat Resam Melayu Pahang telah memperuntukkan  sebanyak RM 146'000.00 bagi Daerah Lipis, yang mana pengurusan dan pentadbiran peruntukan tersebut di urus oleh pihak Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Lipis, agar matlamat dan objektif Program Briged penceramah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program Briged Penceramah ini adalah salah satu program berbentuk kuliah berkitab dan dillaksanakan  di masjid-masjid  yang ada di Daerah Lipis ini.


   
Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau menyampaikan  Taklimat Pelaksanaan Program Briged Penceramah mengikut Garis panduan yang telah di keluarkan oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 
Us Zakaria Omar Tenaga Briged Masjid Batu 6 Penjom
 

Ucapan dan Amat Dari Al-Fadhil Tuan Qadhi Daerah Lipis Tuan Haji Mohd Fadzli Bin Mat Saman





Sebahagian Tenaga Brigad Yang Hadir dalam sesi taklimat tersebut